Jangan terlalu selesa, PM ingatkan penjawat awam

[ad_1]

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu semua penjawat awam terus menerapkan nilai yang baik dan prestasi cemerlang seiring kemajuan negara.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam supaya tidak meletakkan diri dalam kedudukan selesa dan menganggap tugas yang dijalankan sudah sempurna.

Beliau berkata, setiap penjawat awam termasuk dirinya perlu sentiasa berusaha untuk terus mencapai kecemerlangan dalam menguruskan negara.

Katanya, mereka juga perlu sentiasa memperbaiki tugas masing-masing dan kelemahan sedia ada.

“Kita sudah cuba sedaya upaya seluruh pasukan, ia bukan sahaja jemaah menteri, pegawai kanan, penjawat awam umumnya yang memungkinkan kita membuat perubahan sedaya upaya kita

“(Kita) tidak harus ada budaya keselesaan menganggap kita sudah sempurna, kena selalu ada tahap di mana kita kalau guna istilah pengurusan sekarang, berusaha sasar kecemerlangan, kalau ada sikap begitu ada tawaduk,” katanya semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengingatkan penjawat awam untuk terus menerapkan nilai yang baik dan mengekalkan prestasi cemerlang supaya dapat mengangkat martabat negara ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, biarpun negara kini sedang bergerak menggapai teknologi, pertumbuhan ekonomi, tenaga baharu dan transformasi digital, nilai yang baik perlu seiring dengan kemajuan terbabit.

“Sementara kita menjadi orang politik atau pentadbir, jangan lupa yang mendasari semua itu ialah nilai yang baik dan peringatan itu kepada kita semua kerana dalam (konsep) Madani itu saya yakin kita boleh angkat kerajaan kita, hentikan kelemahan lampau.

“Kita bina kembali kekuatan itu dan kita tinggalkan (keburukan) yang berlaku, mudah-mudahan kita tutup tirai 2023 dengan semangat bersama dan membuka lembaran baharu sejarah negara kerana saya amat yakin,” katanya.

[ad_2]
FMT Article

Buy and Ship from any location

Shopping Cart