KJ, Kian Ming cadang aktif semula ekosistem imunisasi negara

[ad_1]

Jumlah kes Covid-19 dilaporkan meningkat 88% kepada 12,757 minggu lalu berbanding 6,796 minggu sebelumnya.

PETALING JAYA: Bekas menteri dan timbalan menteri mencadangkan kerajaan mengaktifkan semula ekosistem imunisasi di seluruh negara untuk memudahkan pengambilan suntikan dos penggalak sebagai langkah pencegahan berdepan kemungkinan berulang gelombang kes Covid-19.

Khairy Jamaluddin dan Ong Kian Ming dalam kenyataan bersama berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk memudah cara proses perolehan yang telus bagi mendapatkan varian terbaru vaksin penggalak yang terdapat di pasaran.

“Kementerian perlu mengesyorkan pengambilan suntikan dos penggalak terutama dalam kalangan golongan rentan dan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka dengan sistem imun yang lemah.

“Pada masa sama, KKM harus mula mengaktifkan semula ekosistem imunisasi di seluruh negara melalui klinik dan hospital swasta serta kerajaan,” katanya mereka.

Khairy, bekas menteri kesihatan dan Kian Ming yang juga bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri mencadangkan lima langkah boleh diambil kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Antara langkah dicadangkan termasuk memperkenal semula prosedur amalan standard, penggunaan aplikasi MySejahtera bagi tujuan laporan dan pemantauan kesihatan pesakit, dan menerbitkan data harian kematian akibat Covid-19.

Mereka juga mencadangkan, KKM bekerjasama dengan Miti dan Kementerian Sumber Manusia untuk mengesan corak penyebaran jangkitan dalam kalangan pekerja kilang serta menjalankan siasatan ke atas keadaan hidup pekerja tersebut.

“Salah satu sebab terjadinya ‘kluster kilang’ semasa pandemik lalu adalah kerana ramai dalam kalangan pekerja ini yang kebanyakannya warga asing, tinggal berhimpit dalam kediaman terlalu sesak dan tanpa pengudaraan yang baik.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap syarikat yang masih menempatkan pekerja asing mereka dalam keadaan daif dan tidak mematuhi piawaian buruh antarabangsa,” kata mereka.

Jumlah kes Covid-19 dilaporkan meningkat 88% kepada 12,757 minggu lalu berbanding 6,796 minggu sebelumnya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata KKM mungkin mengeluarkan arahan baharu untuk pengambilan dos penggalak Covid-19 tidak lama lagi, terutama bagi mereka yang lebih rentan terhadap komplikasi jangkitan virus itu.

Katanya, kadar pengambilan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 ialah 54%, manakala kadar untuk dos ketiga “agak rendah”.

[ad_2]
FMT Article

Buy and Ship from any location

Shopping Cart