Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Selangor menurun, Terengganu dan Perak kekal

[ad_1]

(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan dan Selangor menurun pagi ini, manakala di Terengganu dan Perak kekal.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir turun kepada 5,087 orang daripada 1,592 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 5,164 orang daripada 1,621 keluarga direkodkan malam tadi.

Mereka ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan jajahan Pasir Mas, termasuk SK Gual Tinggi; SK Sri Rantau Panjang (2); SK Gual To’Deh; SK Gual Sitok; Masjid Lubok Gong; dan SMK Gual Periok.

PPS lain terdiri daripada SMK Baroh Pial; SK Kedai Tanjong; SK Gual Periok; Madrasah Tasek Bakong; Masjid Mukim Padang Licin; SK Sri Kiambang; SM (Agama) Pohon Buluh; dan SK Lati.

Di Selangor, Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 14 orang daripada lima keluarga pagi ini, berbanding 15 orang daripada lima keluarga semalam, ditempatkan di PPS SK Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Selangor yang dibuka sejak semalam.

Laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan setakat 8.30 pagi ini, aras air Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat melebihi tahap waspada dengan bacaan 3.3m, tetapi dalam keadaan trend menurun.

Jumlah mangsa di Terengganu pula kekal dengan 158 mangsa daripada 16 keluarga masih ditempatkan di empat PPS di tiga daerah, iaitu Dungun, Setiu dan Marang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), di Dungun, 42 mangsa daripada sembilan keluarga masih berlindung di PPS Kampung Pelandang manakala di Setiu, hanya dua mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di PPS Surau Kampung Nyatoh.

Di Marang, 114 mangsa daripada enam keluarga berlindung di PPS SMK Merchang dan SK Pengkalan Berangan.

Di Perak, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan kekal 65 orang daripada 18 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak memaklumkan, kawasan terjejas banjir kekal melibatkan daerah Hilir Perak, iaitu kawasan Batu 9; Lorong Kedah; Lorong Belakang Klinik; Lorong Sidang Osman; Batu 7; Batu 8; Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra.

Sekretariat itu turut memaklumkan paras air di Sungai Bidor, Changkat Jong mencatatkan bacaan bahaya 3.72m ketika ini dengan cuaca di daerah Hilir Perak diramalkan hujan pada petang dan malam nanti.

[ad_2]
FMT Article

Buy and Ship from any location

Shopping Cart