Syarikat kumpul dana pelarian kena kompaun lebih RM200,000

[ad_1]

Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat terbabit dikesan melakukan tiga kesalahan tahun lalu yang membabitkan kegagalan menyediakan penyata kewangan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenakan kompaun RM242,000 terhadap sebuah syarikat tidak berteraskan keuntungan bersama lima pengarahnya yang terbabit dalam pengumpulan derma dan dana awam untuk pelarian.

SSM berkata tindakan terhadap Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) itu susulan kegagalannya menyediakan penyata kewangan berikutnya dalam tempoh enam bulan daripada tarikh penyata kewangan berakhir.

Katanya, pihak itu juga gagal mengedarkan penyata kewangan selewat-lewatnya 21 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan syarikat dan gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan dalam tiap-tiap tahun kalendar bagi syarikat awam.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 248(1)(b) dan Seksyen 340(1)(a) Akta Syarikat 2016.

“Berdasarkan rekod SSM, kali terakhir syarikat itu mengemukakan penyata kewangan yang diaudit adalah untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021.

“Justeru syarikat itu dikompaun sebanyak RM7,000 manakala lima pengarah syarikat pula dikompaun sebanyak RM47,000 setiap seorang bagi kesalahan pada 2022,” katanya menurut Berita Harian.

SSM mengeluarkan jawapan bertulis sebagai menjawab pertanyaan dikemukakan berhubung bentuk pengawasan dan tindakan diambilnya terhadap syarikat tidak berteraskan keuntungan dalam menjalankan aktiviti mengumpul dana awam di negara ini.

SBMJ ditakrifkan mengikut Seksyen 10 Akta Syarikat 2016 sebagai syarikat awam di mana liabiliti anggotanya adalah terhad kepada jumlah komitmen mereka jika syarikat itu dibubarkan.

Berbeza syarikat lain, SBMJ adalah unik dari segi objektifnya kerana merangkumi aspek seperti menyediakan rekreasi atau hiburan, menggalakkan perdagangan dan industri, seni, sains, agama, kebajikan, skim pencen atau persaraan, atau menggalakkan apa-apa tujuan lain yang bermanfaat kepada masyarakat atau negara.

[ad_2]
FMT Article

Buy and Ship from any location

Shopping Cart